More

    Instagram Malaysia lancar Teen Accounts: Kawal kandungan remaja bawah 18 tahun

    Instagram kini memperluaskan ciri Teen Accounts ke Malaysia dengan pendekatan baharu yang menyelaraskan kandungan kepada standard umur 13+ seperti penarafan filem. Menerusi kemas kini, semua pengguna bawah 18 tahun akan secara automatik dimasukkan ke tetapan tersebut dan tidak boleh tukar tanpa kebenaran ibu bapa.

    Kandungan yang dipaparkan pula akan ditapis agar setara dengan kandungan filem 13+ dan pendedahan kepada elemen tidak sesuai diminimumkan. Dalam masa sama, polisi kandungan turut diperketat dengan sekatan tambahan terhadap bahasa kasar, aksi berisiko serta kandungan yang boleh mendorong tingkah laku berbahaya termasuk berkaitan dadah.

    Kandungan sensitif seperti seksual, imej grafik dan promosi bahan terlarang kekal tidak dibenarkan kepada remaja. Instagram juga memperkenalkan kawalan lebih menyeluruh merentas akaun, carian dan paparan kandungan. Remaja tidak lagi boleh berinteraksi dengan akaun yang dikenal pasti tidak sesuai manakala kandungan melanggar garis panduan tidak akan dipaparkan walaupun daripada akaun yang diikuti.

    Pautan kandungan sedemikian yang dihantar melalui DM juga tidak boleh diakses. Fungsi carian kini menyekat lebih banyak istilah sensitif termasuk berkaitan alkohol dan kandungan ganas, selain turut menghalang variasi ejaan. Selain itu, sistem AI Instagram dikemas kini agar tidak memberikan respons yang tidak sesuai dengan standard umur 13+.

    Bagi ibu bapa yang mahukan kawalan tambahan, tetapan baharu Limited Content diperkenalkan dengan penapisan lebih ketat serta sekatan ke atas fungsi komen. Kemas kini telah mula diedarkan secara berperingkat di Malaysia dan dijangka lengkap dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured