More

    Instagram mungkin lancarkan panjang video Reels selama 10 Minit

    Video pendek, Reels oleh Instagram telah memberi format pilihan untuk mengakses maklumat, mengubah cara kita menggunakan platform seperti TikTok, YouTube, dan Instagram. Instagram Reels, yang bermula sebagai klip 15 saat tiga tahun yang lalu, kini boleh dimuat naik hingga 90 saat dan mungkin lebih lama.

    Seorang penyampai tip, Alessandro Paluzzi mendedahkan bahawa Instagram sedang meneroka idea Reels selama 10 minit. Walaupun Reels semasa terhad kepada 90 saat, tangkapan skrin yang dikongsi oleh Paluzzi memberi petunjuk tentang panjang video selama 10 minit.

    Meta, syarikat induk Instagram sedang menguji ciri ini secara dalaman maka tarikh pelancaran kepada pengguna masih tidak diketahui. Instagram yang pada awalnya memberi tumpuan kepada gambar, berkembang akibat persaingan daripada TikTok. Memandangkan TikTok membenarkan video selama 10 minit, khabar angin terkini oleh Instagram mungkin dapat meningkatkan daya saingnya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: PhoneArena

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured