More

    Instagram perkenalkan fungsi mirip TikTok bernama Reels dalam lebih banyak negara

    Pada tahun lepas, Instagram telah memperkenalkan fungsi bernama Reels yang mempunyai ciri-ciri mirip pesaingnya, TikTok. Pengguna boleh merakam video pendek selama 15 saat yang boleh disertakan bersama muzik atau audio-audio lain dan berkongsinya dalam media sosial itu. Instagram hanya memperkenalkan fungsi tersebut kepada pengguna di Brazil pada tahun lepas, kini mereka meluaskan penggunaannya kepada rakyat Perancis dan Jerman.

    Melalui pengalaman di Brazil, Instagram juga telah membuat beberapa perubahan terhadap Reels. Sebelum ini fungsi itu hanya boleh dimuat naik ke dalam Stories, namun ramai pengguna mahu mengongsi video Reels dalam ruang yang lebih tetap. Oleh yang demikian, Instagram telah memperkenalkan seksyen khas untuk Reels di dalam ruangan Profile dan Explore, sama seperti seksyen khas untuk IGTV.

    Setakat ini Reels masih lagi dalam fasa percubaan dan Instagram masih perlu melihat bagaimana para pengguna awal ini akan menggunakan fungsi tersebut dengan berbeza daripada fungsi-fungsi Instagram yang lain. Masih tidak pasti jika fungsi Reels ini boleh menyaingi video-video TikTok.

    Pada masa ini, hanya tiga negara sahaja yang boleh mengakses Instagram Reels. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menggunakannya dalam Malaysia dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechCrunch

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured