More

    Instagram perkenalkan fungsi ‘pinned comments’, beri lebih kawalan terhadap ruangan komen

    Instagram hari ini memperkenalkan fungsi pinned comments agar pengguna boleh mengawal ruangan komen mereka dengan lebih baik. Dengan fungsi ini, pengguna boleh memilih komen-komen kegemaran mereka untuk diutamakan di bahagian atas ruangan komen.

    Untuk pin komen, pengguna hanya perlu meleret atau menekan lama-lama pada komen yang ingin dipilih dan logo pin akan muncul di tepi logo reply, report dan delete.

    Tentunya ini fungsi yang bernilai untuk pengguna yang ingin mengawal hala tuju perbincangan dalam ruangan komen mereka. Sebelum ini, aturan komen dikawal oleh algoritma Instagram dan juga bilangan like serta reply dalam sesebuah komen.

    Adakah ini fungsi yang sudah lama anda inginkan? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Instagram Twitter

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured