More

    Instagram sedang uji ciri kapsyen automatik untuk Stories

    Kapsyen automatik bukanlah benda baharu dalam platform media sosial kerana sebelum ini, YouTube telah mengaktifkan ciri seperti kapsyen automatik untuk sarikata. Terkini, Instagram dilapor sedang menguji ciri kapsyen automatik untuk Stories.

    Perunding media sosial Matt Navarra tergolong dalam individu yang dapat menguji ciri ini. Menurutnya, Instagram akan mentranskripsi audio dalam Stories atau memaparkan teks berdasarkan audio dalam Stories. Anda kemudiannya mendapat pilihan biasa untuk menukar jenis teks pada kapsyen anda.

    Ciri baharu ini pastinya memberi kelebihan kepada pengguna Instagram. Namun, kami tidak pasti sejauh manakah ketepatan dan kemampuannya dalam mentranskripsi audio.

    Untuk pengetahuan anda, Instagram menyatakan bahawa ciri ini masih tidak tersedia untuk pengguna awam. Adakah pandangan anda terhadap ciri ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Matt Navarra

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured