More

    Instagram tambah filter baru pada Boomerang

    Hampir setiap pengguna telefon menggunakan aplikasi Instagram sebagai platform untuk berkongsi gambar serta video mereka. Lebih menarik lagi pelbagai filter direka untuk menjadikan gambar dan video lebih unik.

    Kini Instagram sedang berusaha menambah tiga filter terbaru untuk Boomerang. Menurut akaun rasmi Instagram di Twitter, filter seperti SlowMo, Echo, Duo, dan Trimming telah ditambah ke ciri kemas kini dalam video yang dilancarkan di Amerika Syarikat serta beberapa kawasan tertentu.

    Seperti yang kita tahu, SlowMo mengurangkan kelajuan video rakaman yang kini memainkannya selama dua saat dalam setiap arah. Manakala Echo menambah kesan kabur pada gerakan dan Duo pula melancarkan klip video dengan cepat serta kesan digital. Akhir sekali, Trimming membolehkan pengguna untuk menyunting klip dengan menentukan permulaan hingga akhir video.

    Filter baru ini boleh diakses di Instagram dengan memilih “potong dan sunting Boomerang anda” (ikonnya mewakili simbol infiniti yang tidak lengkap) selepas merakam klip video pendek di Boomerang. Seperti yang ditunjukkan oleh TechCrunch, filter seperti ini bukanlah sesuatu yang baru dimana ianya juga ada pada aplikasi yang lain seperti pesaing utama Instagram iaitu TikTok.

    Bagaimanapun kemas kini Instagram baru yang mengandungi filter untuk Boomerang itu belum lagi dilancarkan di Malaysia. Syarikat itu tidak mengeluarkan sebarang pengumuman mengenai tarikh pelepasan buat masa ini. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar yang terkini.

    Sumber: lowyat.net

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...