More

    Intel bakal melabur RM30 bilion di Malaysia

    Intel Corp. membelanjakan $7 bilion (~RM30 bilion) untuk membina kemudahan pembuatan cip baharu di Malaysia menjadikan negara ini sebagai tempat pelaburan utama Asia. Ia adalah bertujuan untuk menangani kekurangan semikonduktor pada peringkat global endemik.

    Intel  berhasrat untuk melabur 30 bilion ringgit bagi meningkatkan keupayaan pembuatan cip termajunya di Pulau Pinang. Pada masa yang sama, pemain industri global yang kurang melabur selama bertahun-tahun dan lonjakan permintaan untuk peranti pengkomputeran telah mewujudkan kekurangan semikonduktor yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

    Komponen yang diperlukan termasuklah daripada segi pengeluaran kereta hingga telefon pintar. Dengan pengumuman ini, Ceo Intel menyatakan hasratnya untuk menjadi pendahulu dalam pasaran pengeluaran semikonduktor mengalahkan pesaingnya iaitu TSMC.

    Diharapkan pelaburan ini membantu menaikkan status ekonomi negara dan Intel dapat memenuhi penawaran dan permintaan dalam industri pembuatan cip. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured