More

    Intel lancarkan Iris Xe, kad grafik khas untuk komputer peribadi

    Intel bukanlah syarikat teknologi yang dikenali dengan penghasilan unit pemproses grafik (GPU) khas, namun pengumuman terbaru ini mungkin akan mengubah persepsi tersebut. Syarikat semikonduktor Amerika Syarikat itu telah bekerjasama dengan ASUS untuk melancarkan unit GPU komputer peribadi (desktop)  Intel Iris Xe yang diberikan nama kod DG1.

    Unit GPU baru ini mempunyai memori video VRAM 4GB, sokongan Display HDR, Adaptive Sync, AV1 Decode dan kecerdasan buatan berdasarkan DP4a. DG1 bakal ditujukan kepada komputer persendirian dan perniagaan kecil serta boleh digunakan untuk komputer yang menawarkan sokongan Iris Xe.

    Unit GPU Iris Xe DG1 yang dibuat bersama ASUS

    Buat masa ini, DG1 hanya ditawarkan kepada syarikat pembina komputer dan bukan kepada pengguna akhir, oleh itu pengguna perlu menunggu lagi jika mereka berminat untuk membina komputer dengan GPU Intel. Produk ini dilancar selepas Iris Xe MAX yang merupakan GPU bersepadu untuk komputer riba kecil.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan GPU oleh Intel dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Intel

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...