More

    Intel Malaysia kini miliki ladang suria terbesar luar AS, jana elektrik 6,000MWh setiap tahun

    Intel Malaysia kini mempunyai fasiliti ladang suria (solar farm) yang terbesar di luar Amerika Syarikat (AS) demi mencapai matlamat syarikat teknologi itu untuk meningkatkan penggunaan tenaga mesra alam. Baru-baru ini, kilang Intel Malaysia telah pun melengkapkan panel suria yang boleh jana sebanyak 3.2 megawatt (MW) pada bulan Januari tahun ini.

    Pemasangan tersebut meningkatkan jumlah kapasiti penjanaan tenaga suria oleh kilang Intel sebanyak 4.1MW. Panel tersebut dibekalkan oleh syarikat tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) tempatan, NEFIN.

    Ini adalah langkah terbaru dalam wawasan RISE 2030 oleh Intel yang bertujuan untuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui sepenuhnya pada 2030. Dengan pemasangan panel suria ini, ia dijangka boleh mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 3,800 tan.

    Jumlah panel suria yang telah dipasang mengambil ruang yang sama untuk 900 tempat letak kereta, di samping 50,208 kaki persegi di atas bumbung kilang Intel. Ini membolehkan bangunan Intel Malaysia untuk menjana 6,000MWh (megawatt-hour) setiap tahun untuk menjada operasi dalam kilang di Pulau Pinang dan Kulim.

    Tenaga suria ini akan berfungsi di samping sumber tenaga sedia ada yang digunakan oleh fasiliti tersebut iaitu gas asli dan arang. Setakat ini, Intel sudah pun membangunkan sistem tenaga suria untuk membekalkan air panas ke dalam semua kampusnya di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang bangunan ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured