More

    Intel mungkin membuat cip untuk Apple iPhone generasi akan datang

    Apple dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan pembuat cip baharu bagi mempelbagaikan strategi pembuatan cip mereka. Untuk iPhone 17 yang akan dilancarkan tahun depan, cip A19 dijangka masih dihasilkan oleh TSMC.

    Namun, terdapat khabar angin bahawa cip A20 bagi iPhone 18 pada tahun 2026 mungkin menggunakan teknologi cip daripada Intel. Cip A18 dan A18 Pro yang akan digunakan dalam iPhone 16 pada September 2024 dihasilkan dengan teknologi nod N3E daripada TSMC. Sementara itu, cip A19 pula dijangka dinaik taraf kepada nod N3P juga daripada TSMC.

    Namun, Apple kini dikatakan sedang mengkaji nod Intel 20A untuk masa depan. Disebabkan nod 20A telah dibatalkan, Intel mungkin menawarkan nod 18A atau 14A kepada Apple. Walau bagaimanapun, Intel mempunyai sejarah cabaran dalam proses peralihan teknologi.

    Sebagai contoh, Intel terpaksa membekalkan pengeluaran CPU Arrow Lake kepada TSMC yang menimbulkan persoalan tentang kesediaannya untuk memenuhi keperluan besar seperti Apple. Sebagai alternatif, Apple mungkin kekal dengan TSMC yang menggunakan teknologi nod 2nm untuk cip A20 bagi memastikan kesinambungan rantaian bekalan.

    Memandangkan iPhone 18 masih dua tahun lagi, banyak perkara boleh berubah. Sama ada kerjasama dengan Intel akan menjadi langkah besar dalam inovasi cip Apple atau sekadar khabar angin, masih belum pasti.

    Tambahan, jika kerajaan AS mewajibkan lebih banyak pengeluaran tempatan, Apple dan syarikat lain seperti NVIDIA, AMD dan Qualcomm mungkin mempertimbangkan Intel sebagai pilihan untuk menyokong pengeluaran domestik. Ringkasnya, ini adalah situasi yang masih dalam spekulasi dan keputusan muktamad akan bergantung pada perkembangan teknologi dan polisi masa hadapan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: cnBeta

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured