More

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga, Irregular. Kejadian yang berlaku pada Mei lalu itu merupakan kes pencerobohan ruang ujian pertama yang dilaporkan melibat kecerdasan buatan milik Google.

    Menurut laporan, insiden berpunca daripada sambungan internet yang terbuka secara tidak sengaja sewaktu simulasi ujian keselamatan sedang dijalankan. Dalam ujian latihan keselamatan itu, Gemini ditugaskan untuk menguji sistem keselamatan dan mengambil maklumat daripada perisian syarikat simulasi.

    Walau bagaimanapun, disebabkan akses internet yang terbuka, Gemini telah menyasarkan syarikat sebenar yang mempunyai nama yang sama dengan syarikat olahan latihan tersebut. Model AI berkenaan meneka kata laluan dan mencari maklumat kelayakan log masuk yang terdapat di repositori awam internet untuk mengakses sistem terlindung syarikat-syarikat tersebut.

    Menurut Google, Gemini menceroboh tiga syarikat berbeza sebelum model itu menyedari bahawa sasaran yang diakses merupakan entiti sebenar dan bukannya persekitaran simulasi. Sebaik sahaja menyedari perkara berkenaan, kecerdasan buatan tersebut menghentikan operasi pencerobohan secara automatik tanpa menyebabkan sebarang kerosakan pada mana-mana sistem.

    Google menjelaskan bahawa insiden ini tidak dianggap sebagai kegagalan kawalan keselamatan AI kerana model tersebut menghentikan tindakannya sendiri apabila mengesan sasaran. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured