More

    iOS 13.6 sedia untuk dimuat turun, guna iPhone sebagai kunci kereta digital

    Penyediaan kemas kini merupakan salah satu perkara yang mengujakan untuk pengguna teelfon pintar. Pengguna peranti Apple, iPhone kini boleh memuat turun kemas kini terbaru iOS 13.6.

    Kemas kini iOS 13.6 kini hadir dengan beberapa tambah baik lompang yang ada termasuklah audio, panggilan telefon dan banyak lagi. Apa yang menarik adalah kemunculan sokongan kunci kereta digital. Kemas kini sebesar 385.8MB ini mungkin menelan masa. Oleh itu, kami sarankan agar anda mengemas kini semasa anda tidak menggunakan peranti.

    Kunci kereta digital ini boleh digunakan dengan kereta yang terpilih sahaja. Untuk memudahkan pengguna, anda juga boleh berkongsi kunci kereta digital ini melalui iMessage. Jika anda kehilangan iPhone, fungsi ini boleh terus dipadam melalui iCloud. Terdapat juga fungsi Power Reserve yang membenarkan anda menyahkunci dan menghidupkan enjin kereta selama sehingga 5 jam walaupun selepas bateri iPhone ada telah habis.

    Salah satu kemas kini menarik lain adalah pada aplikasi Health. Apple telah menambah kategori baharu simptom yang dapat dikesan seperti deman, batuk dan lain-lain.

    Seiring dengan iOS 13.6, anda juga boleh mengemas kini jam tangan pintar Apple Watch dengan watchOS 6.2.8 terbaru. Sebagai peringatan, anda disarankan untuk muat turun kemas kini menggunakan WiFi agar tiada halangan semasa memuat turun. pastikan anda mempunyai data sandaran (backup data) juga.

    Sudahkan anda memuat turun? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured