More

    iOS 14.4.1 dan kemas kini lain untuk peranti Apple hadir, perbaik isu sekuriti

    Untuk pengguna peranti Apple, anda kini boleh mengemaskini perisian di peranti anda. Semalam, Apple telah mengeluarkan kemas kini baharu untuk iOS, iPadOS, watchOS dan macOS Big Sure. Anda boleh menyemak kemas kini yang tersedia di peranti anda.

    Menurut sumber, kemas kini baharu ini lebih berfokuskan kepada masalah sekuriti. Memandangkan kesemua kemas kini dikeluarkan dalam masa yang sama, kemungkinan terdapat pepijat yang ditemui di semua platform. Contohnya, kemas kini iOS 14.4.1 turut memperbaik pepijat Webkit yang membenarkan kandungan web mencurigakan untuk melakukan pengekodan.

    Selain itu, Apple turut mengeluarkan Safari versi 14.0.3 baharu untuk macOS Catalina dan macOS Mojave. Walaupun ianya adalah peranti lama, Apple masih membekalkan perisian terkini untuk peranti. Untuk maklumat kemas kini, anda boleh ke pautan ini.

    Sudahkah anda mengemaskini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Wccftech

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured