More

    iOS 14.4 tersedia: Lebih susah untuk penjual menipu, dilengkapi amaran kamera tidak original

    Awal pagi tadi, lebih kurang jam 1 pagi waktu Malaysia, kemas kini iOS 14.4 telah dilancar dan sedia untuk dimuat turun. Kemas kini iOS 14.4 bukan sahaja menaik taraf kelemahan yang ada, tetapi juga memberi beberapa ciri baru.

    Antara ciri baru yang hadir dalam kemas kini ini adalah pemberitahuan amaran mengenai perkakas kamera jika ianya tidak tulen. Hal ini memberi kebaikan untuk pembeli siri iPhone 12 agar tidak mudah ditipu jika perkakas kamera sudah pernah diganti atau tidak tulen.

    Selain itu, iOS 14.4 juga membenarkan kamera untuk mengesan kod QR yang lebih kecil dan pilihan mengklasifikasikan jenis peranti Bluetooth. Antara isu dan kelemahan yang diperbaik adalah kelewatan menaip, cadangan perkataan tidak muncul di papan kekunci dan lain-lain.

    Adakah anda sudah menerima kemas kini iOS 14.4? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured