More

    iOS 14 mungkin boleh digunakan dalam semua peranti yang menyokong iOS 13, termasuk iPhone 6S

    Menurut Mac Rumours, semua peranti Apple yang mempunyai iOS 13 bakal mampu menyokong iOS 14. Kebolehan ini dikenal pasti dalam sebuah versi awal iOS 14 yang telah dibocorkan.

    Untuk makluman, iOS 13 sekarang boleh digunakan oleh iPhone 6s dan generasi-generasi iPhone seterusnya. Mac Rumours juga menyatakan iOS 14 adalah sistem operasi iOS yang terakhir untuk iPhone 6s memandangkan telefon itu kini sudah pun berusia lima tahun.

    Untuk iPad pula, ia mungkin boleh digunakan dalam iPad generasi kelima dan ke atas, iPad Air generasi kedua dan ke atas, iPad Mini generasi keempat dan ke atas serta semua model iPad Pro.

    Apple dijangkakan akan mengumumkan iOS 14 dalam acara Worldwide Developers Conference (WWDC) pada bulan ini. Beritahu kami pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured