More

    iOS 16.4 dilancar: Pembaikian pepijat dan peningkatan ‘Crash Detection’, emoji baharu & Matter

    Dalam kemas kini iOS 16.4 yang telah dilancarkan, terdapat beberapa ciri baharu yang mungkin menarik perhatian anda.

    Antara ciri baharu, terdapat beberapa pembetulan pepijat seperti membetulkan permintaan “Minta Beli” (Ask to Buy) daripada pengguna terutamanya daripada golongan kanak-kanak yang gagal dipaparkan pada peranti ibu bapa serta termostat yang serasi dengan Matter tidak bertindak balas. 

    Selain itu, Apple telah menambah baik dan mengoptimumkan Pengesanan Kemalangan (Crash Detection) dengan lebih lanjut untuk model iPhone 14 dan iPhone 14 Pro. Bagaimanapun, senarai kemas kini iOS 16.4 agak panjang. Di bawah adalah senarai kemas kini yang anda boleh dapatkan:

    • 21 emoji baharu termasuk haiwan, gerak isyarat tangan dan objek pada papan kekunci emoji
    • Pemberitahuan untuk aplikasi web ditambahkan pada Skrin Utama
    • Pengasingan Suara untuk panggilan selular mengutamakan suara anda dan menyekat bunyi ambien di sekeliling anda
    • Album pendua dalam Foto (Photo) mengembangkan sokongan untuk mengesan foto dan video pendua dalam Pustaka Foto Dikongsi iCloud
    • Sokongan VoiceOver untuk peta dalam aplikasi Cuaca (Weather)
    • Tetapan kebolehaksesan untuk meredupkan video secara automatik apabila pancaran cahaya atau kesan strob dikesan
    • Membetulkan isu di mana permintaan Ask to Buy daripada kanak-kanak mungkin gagal dipaparkan pada peranti ibu bapa
    • Menangani isu di mana termostat serasi Matter boleh menjadi tidak bertindak balas apabila dipasangkan dengan Apple Home
    • Pengoptimuman Crash Detection pada model iPhone 14 dan iPhone 14 Pro

    Selain itu, terdapat beberapa kemas kini 5G baharu yang tidak disebut dalam senarai. Sumber juga mengatakan ia termasuk sokongan 5G Standalone, sambungan 5G baharu untuk negara lain dan pengenalan semula Apple HomeKit. 

    Seperti biasa, anda boleh mendapatkan kemas kini perisian baharu daripada Tetapan -> Umum -> Kemas Kini Perisian. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured