More

    iOS 16 ditingkatkan dengan pemberitahuan dan ciri penjejakan kesihatan baharu

    Menurut Mark Gurman di Bloomberg, keluaran sistem pengendalian iOS Apple seterusnya akan mendapat banyak peningkatan. Gurman menjangkakan iOS 16 akan menyediakan kemas kini pada pemberitahuan dan pelbagai ciri penjejakan kesihatan baharu.

    Namun begitu, berkemungkinan juga reka bentuk iOS masih dikekalkan walaupun tiada banyak perubahan sejak iOS 7. Beliau menyatakan sejauh mana perubahan antara muka yang dirancang oleh Apple mungkin berakhir di tweak pada UI berbilang tugas iPad.

    Setelah menganalisis sistem pengendalian syarikat, Gurman menyatakan watchOS 9 mungkin hadir dengan peningkatan aktiviti dan ciri penjejakan kesihatan. Maklumat agak kurang jelas dengan apa yang dirancang oleh Apple untuk versi macOS seterusnya,  namun Apple mungkin akan mereka bentuk semula sistem pengendalian desktop untuk kelihatan seperti iOS.

    Sementara itu, Apple akan memperkenalkan ciri seperti Universal Control dan SharePlay pada Monterey baharu. Apple akan memberi pra-tonton macOS baharu bersama iOS 16 dan watchOS 9 di WWDC 2022. Persidangan pembangun tahunan syarikat itu bermula pada 6 Jun tahun ini di mana mereka mungkin memperkenalkan perkakasan baharu. 

    Gurman turut mengatakan bahawa Apple sedang membangunkan model MacBook Air dan MacBook Pro baharu. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured