More

    iOS 18 dilancar, dilengkapi Apple Intelligence dengan pelbagai fungsi baru berdasarkan AI

    Dalam acara Worldwide Developers Conference yang berlangsung pada hari ini, Apple memperkenalkan sistem operasi baharu untuk telefon pintar iPhone iaitu iOS 18. Seperti kebanyakan jenama teknologi pada tahun ini, Apple memperkenalkan fungsi kecerdasan buatan (AI) bernama Apple Intelligence untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

    Apple Intelligence bakal ditawarkan kepada semua iPhone yang menggunakan cip A17 Bionic, serta peranti-peranti Apple yang menggunakan mana-mana cip Apple M seperti MacBook dan iPad.

    Antara perkara yang boleh dibantu oleh Apple Intelligence adalah daripada segi penulisan di mana ia boleh menulis semula sebarang teks, semak sebarang kesalahan serta menghasilkan ringkasan teks. Sebuah rangkap teks boleh ditulis semula supaya tonanya boleh diubah menjadi lebih profesional atau santai.

    Dalam aplikasi Mail pula, ia mempunyai fungsi Smart Reply yang boleh menyediakan balasan secara pintar serta meletakkan e-mel penting ke bahagian atas senarai dalam Inbox.

    Anda boleh ubah tona dalam sebarang tulisan untuk jadi profesional, santai atau ringkas

    Apple Intelligence akan memberikan panduan berdasarkan maklumat peribadi anda serta sebarang imej yang dipaparkan pada skrin, namun Apple menegaskan bahawa pemprosesan AI berlaku dalam peranti sahaja dan data peribadi anda tidak akan dikumpul oleh Apple.

    Dalam aplikasi permesejan, Apple Intelligence boleh bantu anda cipta imej AI generatif berdasarkan topik perbulaan dan gambar profil kenalan anda. Fungsi ini dinamakan sebagai Apple Image Playground yang boleh menyediakan gambar dalam tiga gaya iaitu sketch, illustration dan animation.

    Image Playground boleh digunakan dalam beberapa aplikasi Apple, dan juga tersedia sebagai aplikasinya sendiri. Semua gambar AI yang dihasilkan adalah berdasarkan pemprosesan dalam peranti sahaja dan bukannya melalui internet.

    Lebih menarik, anda boleh gunakan AI untuk cipta emoji yang unik. Dengan fungsi Genmoji, anda boleh cipta emoji berdasarkan gambar seseorang dan ia boleh diubah suai lagi dengan arahan teks.

    "
    "
    Cipta emoji anda sendiri berdasarkan arahan teks, atau gambar rakan anda
    Cipta gambar AI anda sendiri dengan Image Playground
    Gambar boleh dihasilkan dalam tiga gaya
    Cipta imej AI dalam perbualan teks

    iOS 18 juga menawarkan beberapa fungsi menarik untuk gambar dan video yang disimpan dalam telefon anda. Sebagai contoh, dengan fungsi Memory Movie, ia boleh mencipta video pendek berdasarkan gambar dan video dalam galeri anda, dan juga akan mencadangkan muzik yang sesuai untuk dipadankan dengan video tersebut.

    Sewaktu membuat panggilan telefon pula, Apple Intelligence boleh merakam, menyediakan transkripsi serta menghasilkan ringkasan panggilan tersebut dalam aplikasi Notes dan Phones. Jika anda merakam sebuah panggilan, setiap pihak yang terlibat dalam panggilan itu akan menerima notifikasi tentangnya.

    Apple juga telah bekerjasama dengan OpenAI untuk menyediakan fungsi ChatGPT dalam iOS 18. Ia boleh diakses melalui pembantu suara Siri serta papan kekunci dalam setiap aplikasi. Perlu diketahui bahawa ChatGPT hanya akan ditawarkan kepada iPhone pada hujung tahun ini, jadi anda mungkin tidak akan menerimanya sewaktu anda memasang kemas kini iOS 18.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk gunakan Apple Intelligence dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured