More

    iPad Air (2024) dilancar: Skrin 13 inci, cip Apple M2, pembesar suara stereo bermula RM2,999

    Pada hari ini, Apple telah memperkenalkan tablet nipis iPad Air yang disegarkan semula untuk tahun 2024 dan ia terdiri daripada dua varian utama iaitu skrin 11 inci dan skrin 13 inci. Ini merupakan kali pertama iPad Air ditawarkan dalam dua saiz skrin

    Kedua-dua varian iPad Air dilengkapi cip Apple M2 yang boleh menjana prestasi lebih pantas sehingga tiga kali ganda berbanding iPad Air generasi sebelumnya dan menawarkan prestasi mirip komputer tiba MacBook. iPad Air yang baharu ini juga akan menyokong papan kekunci Magic Keyboard dan stilus Apple Pencil Pro baharu yang akan berfungsi baik dengan aplikasi produktiviti dalam Pro Apps Suite.

    Ia akan ditawarkan dengan storan dalaman sehingga 1TB, kamera utama 12MP, kamera swafoto 12MP, pembesar suara stereo dalam mod skrin lanskap dan menyokong rangkaian 5G

    Ringkasan spesifikasi iPad Air
    Harga untuk pasaran Malaysia

    Harga untuk iPad Air 11 inci akan bermula daripada RM2,999, manakala varian 13 inci pula bermula RM3,999. Kedua-dua model boleh dibeli di Amerika Syarikat bermula hari ini, namun keberadaannya untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui.

    Anda boleh layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai iPad Air baharu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured