More

    iPad Air 2025 (cip M3) kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM2,799

    Apple secara rasmi telah melancarkan iPad Air 2025 di Malaysia dan kini boleh dibeli menerusi laman web rasmi Apple serta di kedai utama Apple di The Exchange TRX. Model baharu ini telah diperkenalkan bulan lalu yang menampilkan cip M3.

    iPad Air 2025 turut menyokong ciri Apple Intelligence dan serasi dengan aksesori terkini Apple seperti Apple Pencil Pro serta papan kekunci Magic Keyboard yang direka semula. Kedua-dua model hadir dengan paparan Liquid Retina sepenuhnya laminasi, salutan anti-silau dan pengimbas Touch ID yang disepadukan pada butang kuasa.

    Pilihan storan bermula daripada 128GB dengan empat pilihan warna iaitu Space Gray, Starlight, Purple dan Blue. Tablet ini dilengkapi kamera belakang 12MP lebar dan kamera hadapan 12MP ultra lebar dengan sokongan ciri Center Stage. iPad Air ini juga mampu bertahan sehingga 10 jam bagi penggunaan seperti melayari web atau menonton video menerusi sambungan Wi-Fi.

    Harga permulaan bagi versi 11 inci adalah RM2,799 manakala versi 13 inci ditawarkan pada harga RM3,699. Sebagai tambahan, aksesori Magic Keyboard yang dilancarkan bersama tablet ini dijual pada harga RM1,299 bagi versi 11 inci dan RM1,399 untuk versi 13 inci.

    Papan kekunci ini lebih nipis dan ringan berbanding versi sebelumnya dan kini dilengkapi barisan kekunci fungsi bagi kemudahan pengguna. Namun, ia tidak disertakan dengan lampu latar atau maklum balas haptik pada trackpad, tidak seperti versi untuk iPad Pro. Pengguna yang berminat kini boleh mendapatkan iPad Air 2025 menerusi kedai rasmi Apple di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured