More

    iPad gen-10 mungkin miliki cip A14, USB-C dan sambungan 5G

    iPad amat membantu pengguna daripada segi kerja, pembelajaran dan hiburan. Kini, iPad peringkat permulaan akan datang membawa khabar angin dengan tambahan cipset yang lebih pantas, port USB-C dan sambungan 5G.

    iPad kali ini mungkin membuang port lightning digantikan kepada port USB-C seperti barisan iPad yang lain. Maklumat turut mendedahkan bahawa iPad versi standard yang datang dengan nama kod J272 akan mendapat sokongan sambungan 5G bagi model selular. 

    Tambahan lagi, cipset yang digunakan akan dikemas kini dengan cip mudah alih Bionic A14 yang merupakan peningkatan ketara berbanding Bionic A13 pada iPad generasi ke-9. Apple masih mengekalkan reka bentuk iPad seperti model sebelum ini tetapi dengan peningkatan paparan kepada panel LCD retina 10.5 inci atau 10.9 inci.

    Maklumat ini masih belum disahkan oleh pihak Apple. Namun begitu, iPad generasi ke-10 ini mungkin tablet yang terbaik pada harga yang sama dengan peningkatan prestasi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured