More

    iPad mini 2024 dilancar di Malaysia: Cip A17 Pro, skrin 8.3″, Apple Intelligence bermula RM2,199

    Apple hari ini melancarkan tablet kecil iPad mini dan harganya untuk pasaran Malaysia juga telah diumumkan, bermula RM2,199 untuk varian WiFi 128GB. Buat masa ini, anda masih tidak boleh membelinya di kedai Apple Store atau meminta penghantaran ke rumah anda, namun senarai harga penuh untuk setiap varian telah diumumkan.

    Daripada segi spesifikasi, iPad mini 2024 dilengkapi cipset A17 Pro yang terdapat pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Ini juga bermaksud iPad mini ini boleh menggunakan fungsi Apple Intelligence yang dikhabar akan diberikan pada hujung bulan ini.

    Menurut Apple, iPad mini 2024 dibina dengan aluminium yang dikitar semula. Di hadapan, ia mempunyai skrin Liquid Retina Display berukuran 8.3 inci dengan True Tone, gamut warna luas P3 dan kecerahan puncak 500 nits. Ia turut mempunyai kamera hadapan ultra-lebar 12MP, manakala di belakang pula terdapat sebuah kamera 12MP.

    Kamera belakangnya mempunyai teknologi Focus Pixels, menyokong rakaman video 4K dan boleh mengambil gambar dengan Smart HDR 4.

    Selain itu, ia turut menyokong hubungan wayarles Wi-Fi 6E, dan terdapat juga varian yang boleh dihubungkan dengan rangkaian selular 5G melalui kad SIM fizikal atau eSIM. Port USB-C di bahagian bawah pula berfungsi dengan kelajuan lebih pantas sebanyak dua kali ganda berbanding generasi sebelumnya, dengan kadar pemindahan data sehingga 10Gbps.

    Untuk pilihan warna, ia akan ditawarkan dalam kelabu Space Grey, biru, ungu dan Starlight.

    Berikut adalah harga untuk setiap varian iPad mini 2024:

    • 128GB (WiFi) – RM2,199
    • 128GB (WiFi + selular) – RM2,899
    • 256GB (WiFi) – RM2,599
    • 256GB (WiFi + selular) – RM3,299
    • 512GB (WiFi) – RM3,499
    • 512GB (WiFi + selular) – RM4,199

    Anda boleh menambah ukiran (engraving) secara percuma. Anda juga boleh dapatkan aksesori tambahan seperti stilus Apple Pencil Pro (RM549), Apple Pencil (USB-C) (RM349) dan sarung Smart Folio (RM249). Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai produk ini.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured