More

    iPad mini (2024) sah miliki RAM 8GB, sekali ganda daripada pendahulunya

    iPad mini generasi ketujuh telah muncul dalam penyenaraian Geekbench yang mengesahkan bahawa ia dilengkapi dengan RAM 8GB dan menunjukkan prestasi versi GPU 5-teras bagi cip A17 Pro. iPad mini baharu muncul dalam pangkalan data Geekbench dilengkapi cipset A17 Pro yang buat pertama kalinya diperkenalkan dalam siri iPhone 15 Pro tahun lalu.

    Cip enam-teras ini beroperasi pada 3.78 GHz sama seperti versi iPhone tetapi dengan perbezaan utama iaitu GPU lima-teras yang mana ianya kurang satu teras berbanding versi pada iPhone. Ini menunjukkan bahawa cip A17 Pro pada iPad mini 7 mungkin merupakan versi binned.

    Skor Geekbench iPad mini baharu menunjukkan mata antara 2,710 hingga 2,840 untuk prestasi teras tunggal dan 6,274 hingga 6,982 untuk prestasi multi-teras. Sebagai perbandingan, A17 Pro pada iPhone 15 Pro biasanya mencapai mata sekitar 2,888 untuk teras tunggal dan 7,169 untuk ujian multi-teras.

    Walau bagaimanapun, penanda aras ini mengesahkan bahawa iPad mini baharu menawarkan peningkatan prestasi yang ketara berbanding pendahulunya. iPad mini generasi keenam memiliki RAM 4GB yang mencapai mata 2,121 untuk teras tunggal dan 5,367 untuk multi-teras.

    Penggunaan RAM 8GB mungkin kerana ciri kecerdasan buatan Apple Intelligence tetapi belum diketahui sehingga kini. Kongsi pendapat anda tentang Belanjawan 2025 ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Geekbench

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...