More

    iPad Pro (2024) dilancar: Rekaan paling nipis, skrin OLED, cip Apple M4 bermula RM5,299

    Selain melancarkan iPad Air yang terbaharu pada hari ini, Apple turut memperkenalkan iPad Pro yang disegarkan semula untuk tahun 2024. iPad Pro kali ini mempunyai rekaan yang lebih nipis berbanding generasi sebelumnya, di mana varian 11 inci mempunyai ketebalan 5.3mm sahaja, manakala varian 13 inci pula dengan 5.1mm sahaja.

    Ini juga bermaksud iPad Pro baharu ini adalah lebih ringan berbanding generasi sebelumnya, dengan berat 445 gram untuk varian 11 inci dan 581 gram untuk varian 13 inci.

    iPad Pro yang lebih nipis berbanding generasi sebelumnya
    iPad Pro kini mempunyai skrin OLED
    Ciri-ciri skrin iPad Pro

    Di samping ukuran dan berat yang diperbaharui, satu penambahbaikan untuk iPad Pro adalah skrin OLED Tandem, yang menjanjikan kecerahan SDR dan HDR sehingga 1,000 nits, manakala kecerahan puncak (peak brightness) HDR pula boleh mencapai 1,600 nits bagi memudahkan penggunaan di bawah cahaya matahari terik. Skrin ini juga mempunyai kaca nano-texture, menyokong gamut warna yang luas dan warna hitam yang lebih gelap.

    iPad Pro baharu ini juga dilengkapi cipset Apple yang paling baharu iaitu Apple M4. Ia merupakan CPU yang mempunyai empat teras prestasi dan enam teras kecekapan, menghasilkan prestasi lebih pantas sebanyak 50% berbanding Apple M2.

    Spesifikasi cip Apple M4 baharu

    Apple M4 juga mempunyai GPU sepuluh teras yang menawarkan prestasi grafik lebih pantas sehingga empat kali ganda berbanding Apple M2. Memandangkan cip Apple M4 dibina dengan nod proses 3nm, ia juga mempunyai kecekapan tenaga yang lebih tinggi berbanding cipset generasi sebelumnya yang dibuat dengan nod 4nm.

    iPad Pro turut mempunyai kamera yang diperbaharui, di mana ia mempunyai kamera utama 12MP f/1.8 yang menyokong Smart HDR 4 dan rakaman video 4K ProRes. Ia juga mempunyai pengimbas LiDAR untuk aplikasi yang bergantung kepada realiti imbuhan (AR), serta lampu denyar Adaptive True Tone Flash.

    Kamera utama iPad Pro
    Anda kini boleh membuat panggilan video dengan skrin yang diletakkan dalam mod lanskap

    Untuk kamera hadapan pula, ia diletakkan dalam kedudukan supaya anda boleh menggunakannya dalam mod skrin lanskap. Ia juga mempunyai empat mikrofon untuk rakaman suara yang lebih jelas dalam panggilan video atau lain-lain rakaman audio.

    Apple juga memperkenalkan papan kekunci Magic Keyboard baharu yang menampilkan kekunci pantas untuk fungsi-fungsi tertentu seperti kawalan main (playback) muzik, pad penjejak (trackpad) yang lebih luas dengan tindak balas haptik dan ruang tapak tangan (palm rest) yang dibuat daripada aluminium.

    "
    "
    Magic Keyboard baharu dengan kekunci khas
    Fungsi baharu dalam Apple Pencil Pro

    Ia turut menyokong stilus Apple Pencil Pro yang boleh ditekan dan diputar (hold and squeeze) untuk fungsi-fungsi tertentu. Stilus ini mempunyai tindak balas haptik, giroskop untuk kawalan yang tepat dan menyokong fungsi carian FindMy.

    Harga iPad Pro (11 inci) akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM5,299, manakala iPad Pro (13 inci) pula bermula RM6,799. Perlu diingati bahawa tempahan masih belum dibuka untuk pasaran Malaysia, namun anda boleh layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut mengenainya.

    Ringkasan spesifikasi iPad Pro

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured