More

    iPadOS 15 dijadualkan untuk dilancar pada bulan September, kongsi banyak fungsi dengan iOS 15

    Apple telah menganjurkan acara Worldwide Developers Conference (WWDC) semalam di mana mereka telah mengumumkan sistem operasi seterusnya untuk tablet iPad iaitu iPadOS 15.

    Dalam iPadOS 15, Apple akan memperkenalkan fungsi pemisahan skrin (split-screen) dalam setiap tablet iPad. Untuk mengaksesnya, pengguna hanya perlu mengakses menu Multitasking di bahagian atas untuk memilih Full Screen, Slide Over, Split View atau Center Window. Anda boleh ubah, tambah atau buang aplikasi yang dipaparkan dengan fungsi shelf.

    iPadOS 15 juga akan membawa widget ke dalam Home Screen seperti yang telah berlaku untuk iOS 14. Ini termasuklah widget untuk App Library namun widget seperti Find My, Contacts, Game Centre, App Store dan Mail akan diperkenalkan dengan mod besar.

    Fungsi SharePlay dari iOS 15 juga akan diperkenalkan dalam iPadOS 15, di mana pengguna boleh menonton rancangan TV atau mendengar lagu secara serentak bersama pengguna lain melalui panggilan FaceTime. Fungsi ini juga boleh dikongsi bersama pengguna Android atau Windows.

    Fungsi Quick Note pula membenarkan pengguna untuk menulis nota tanpa perlu mengakses aplikasi Notes, di mana ia boleh diakses melalui shortcut papan kekunci, Control Centre atau leret daripada bucu skrin menggunakan jari atau Apple Pencil. Pengguna juga boleh menggariskan (highlight) teks daripada mana-mana laman web menggunakan Quick Note.

    iPadOS 15 dan iOS 15 berkongsi pelbagai fungsi seperti memoji baru, koleksi gambar, Focus, ringkasan notifikasi dan pembaharuan untuk Safari, Apple Maps serta Live Texts.

    Buat mereka yang berminat dengan aktiviti pemprograman dan coding, iPadOS 15 memperkenalkan SwiftUI yang membenarkan pembina (developer) untuk hasilkan aplikasi menggunakan komponen UI mudah. Untuk memudahkan pekerjaan di antara iPad dengan Mac, anda boleh gunakan Universal Control untuk memudahkan kawalan kedua-dua peranti menggunakan sebuah papan kekunci dan tetikus.

    Kebanyakan tablet iPad bakal menerima kemas kini iPadOS 15. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Diterjemahkan daripada TechNave

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured