More

    iPhone 11 Pro kekal berfungsi walaupun selepas tenggelam dalam tasik selama 30 hari

    Sebuah iPhone 11 Pro yang terjatuh dalam tasik Waskesiu Lake di Saskatchewan, Kanada masih berfungsi walaupun selepas ia dikutip semula oleh pemiliknya 30 hari kemudian. Sebelum itu, wanita bernama Angie Carriere telah menjatuhkan iPhone 11 Pro beliau secara tidak sengaja ke dalam tasik itu.

    Pada hari kejadian, Angie sedang menyambut hari kelahirannya yang ke-50. 30 hari selepas telefonnya terjatuh, beliau memutuskan untuk cuba mengutip semula iPhone miliknya dengan menggunakan batang pancing dan sebuah magnet yang disangkut pada jorannya.

    Selepas dua jam ‘memancing’ untuk telefon itu, Angie berjaya membawanya keluar daripada dasar tasik. Sebaik sahaja tiba di rumah, beliau mengecas iPhone 11 Pro itu dan mendapati ia masih berfungsi seperti biasa. Beliau memberitahu pemberita bahawa perkara yang paling penting dalam telefon itu adalah gambar yang diambil sewaktu beliau menyambut hari jadinya.

    iPhone 11 Pro mempunyai rating kalis air IP68 di mana ia mampu berada dalam air selama 30 minit pada kedalaman dua meter. Walau bagaimanapun, iPhone milik Angie berjaya bertahan jauh lebih lama berbanding had yang ditetapkan oleh Apple.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured