More

    iPhone 11, XR, SE (2020) mungkin dijual dengan harga lebih rendah, tetapi pengecas berasingan

    Adakah anda sedang menanti pelancaran siri iPhone 12 pada malam ini, atau lebih tepat pada 14 Oktober jam 1AM (waktu Malaysia)? Terkini, sumber telah mendedahkan khabar angin bahawa beberapa siri iPhone terdahulu bakal turun harganya dan akan dijual tanpa pengecas selepas pelancaran iPhone 12.

    Jika melihat pada khabar angin yang lepas, tidak mustahil jika Apple akan menurunkan beberapa model iPhone terdahulu. Ia seperti sudah menjadi satu kebiasaan dalam arena telefon pintar. Antara iPhone terdahulu yang bakal diturunkan harga adalah iPhone 11, iPhone XR dan iPhone SE (2020).

    Apa yang mungkin mengejutkan adalah khabar angin dimana pembelian iPhone 11, iPhone XR dan iPhone SE (2020) selepas pelancaran iPhone 12 mungkin tidak disertakan pengecas bersama. Lebih jelas, anda perlu membeli pengecas secara berasingan kerana menurut sumber, pembungkusannya akan berubah.

    Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai siri iPhone 12 yang mungkin hadir tanpa pengecas bersama dalam kotak memandangkan Apple Watch terbaru juga hadir tanpa pengecas.

    Sebagai tambahan, sumber meramalkan iPhone 12 versi standard akan menjadi produk paling laku berbanding siri iPhone 12 yang lain.

    Anda boleh membaca jangkaan spesifikasi dan harga iPhone 12 yang mungkin bermula pada ~RM2,899 disini.

    Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: IT Home

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured