More

    iPhone 11 yang jatuh dalam tasik masih berfungsi walaupun selepas tenggelam selama 6 bulan

    Sewaktu membuat operasi membersihkan dasar Tasik Harrison di Kanada, Clayton Helkenberg dan isterinya Heather Helkenberg terjumpa sebuah iPhone 11 yang telah dijatuhkan oleh seorang pengguna. Selepas membawa telefon itu ke tanah kering dan mengelapnya, mereka mendapati iPhone 11 itu masih berfungsi dengan peratusan bateri sebanyak 96%.

    Clayton bertindak mengeluarkan kad SIM daripada telefon itu dan meletakkannya dalam telefon lain untuk mengetahui nombor telefon pemilik asalnya. Nombor tersebut menghubungkan Clayton kepada Fatemeh Ghodsi yang menetap di Vancouver, Kanada.

    iPhone 11 yang ditemui oleh Clayton di dasar Tasik Harrison

    Fatemeh kemudian berjumpa dengan Clayton di Tasik Harrison untuk mengambil iPhone 11 miliknya yang telah terjatuh. Beliau menjelaskan bahawa peranti itu telah terjatuh pada bulan September 2020 sewaktu beliau bermain bot bumper.

    Fatemeh agak terkejut bahawa telefon miliknya itu masih berfungsi dengan baik walaupun selepas tenggelam selama hampir enam bulan. Beliau turut berkongsi sebuah gambar yang diambil di atas bot, tidak lama sebelum telefon itu terjatuh.

    Gambar Fatemeh yang diambil sebelum telefonnya terjatuh ke dalam tasik

    Clayton dan Heather merupakan penyelam yang kerap mengutip sampah dalam pelbagai tasik di Kanada. Pada tahun lalu, mereka telah mengutip ratusan cermin mata hitam, 26 telefon dan dua kamera GoPro. Tahun ini pula, mereka sudah pun mengumpul 35 cermin mata hitam, lima telefon dan satu kamera GoPro.

    Mereka turut berkongsi selaman mereka dalam saluran di YouTube:

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang ketahanan iPhone ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CBC

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured