More

    “iPhone 12 adalah telefon terbaik dalam dunia” – CEO HUAWEI

    Dalam sebuah sidang media di Taiyuan, China, pengasas dan CEO HUAWEI Ren Zhengfei telah memuji pesaingnya dari Amerika Syarikat, Apple, dengan menyatakan bahawa iPhone 12 adalah “telefon pintar terbaik dalam dunia.”

    “Pelanggan Eropah yang bercitarasa tinggi amat menggemari Apple. Memandangkan HUAWEI tidak lagi menghasilkan telefon premium, telefon Apple telah membuktikan bahawa teknologi rangkaian 5G HUAWEI adalah yang terbaik,” kata Zhengfei.

    Dalam sidang media tersebut, HUAWEI menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru, Joe Biden, untuk menghentikan larangan dagangan yang dikenakan terhadap syarikat China itu. Zhengfei menyatakan ini adalah sesuatu yang amat sukar namun HUAWEI akan bekerja keras untuk menunjukkan bahawa mereka boleh bekerjasama dengan syarikat AS.

    Zhengfei juga menyatakan HUAWEI tidak akan menjual divisyen produk pengguna dan telefon pintar kepada pihak luar. Ini berikutan keputusan HUAWEI untuk menjual jenama HONOR kepada syarikat konsortium China pada November lalu.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: South China Morning Post

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured