More

    iPhone 12 bakal menyokong WiFi yang lebih laju, dilengkapi pengecasan wayarles AirTags

    Berita ini merupakan berita khusus buat peminat iPhone di luar sana yang sedang menantikan khabar berita mengenai iPhone akan datang. Terkini, sumber melaporkan iPhone 12 mungkin akan menyokong standard WiFi baru, 802.11ay dengan spektrum 60GHz.

    Hal ini bermakna kelajuan peralihan data contohnya, bakal menjadi lebih pantas jika benar iPhone 12 bakal menyokong jalur lebar yang tinggi. Seperti Bluetooth, prestasi peralihan data melalui AirDrop bakal memuaskan hati anda!

    Selain itu, Apple juga dilaporkan akan mengeluarkan Apple AirTags yang membenarkan anda menggunakan pengecasan wayarles seperti pengecas Apple Watch. Mungkinkan iPhone 12 juga bakal hadir dengan pengecasan wayarles?

    Adakah anda berminat untuk menyambar iPhone 12 jika benar spesifikasinya seperti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5Mac

     

    Artikel Terkini

    StepX Neo tiba sebagai telefon pintar “agentic” pertama di dunia

    Syarikat kecerdasan buatan (AI) China, StepFun, melancarkan StepX Neo sebagai telefon pintar pertama dunia yang menggunakan sistem operasi berasaskan ejen dikenali sebagai...

    Waze integrasikan Gemini AI untuk laluan motosikal dan kereta

    Google mengumumkan kemas kini aplikasi Waze yang mengintegrasikan bantuan Gemini AI bagi meningkatkan pengalaman navigasi pengguna. Kemas kini terbaharu menawarkan mod khusus...

    HONOR CHOICE KUMI AI Note rasmi di Malaysia dengan sokongan 130 bahasa berharga RM699

    HONOR Malaysia melancarkan perakam suara pintar HONOR CHOICE KUMI AI Note yang menampilkan reka bentuk kad nipis dengan ukuran 2.89mm direka untuk...

    Malaysia kini hasilkan bateri EV sendiri, pertama di Asia Tenggara!

    Malaysia memulakan fasa pengeluaran bateri kenderaan elektrik (EV) rekaan tempatan bulan ini menerusi inisiatif bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Projek...

    Disney+ mungkin tawarkan pelan percuma untuk saingi YouTube

    Disney sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan pelan langganan Disney+ yang percuma dengan sokongan iklan. Perkara ini dibangkitkan oleh Ketua Produk dan Teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured