More

    iPhone 12 dan iPhone 12 Pro muncul di AnTuTu, tidak setanding Snapdragon 865

    Apple baru-baru ini telah melancarkan siri iPhone 12 dengan penawaran cip 5nm terbaru yang menjana peranti tersebut, A14 Bionic. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan markah iPhone 12 dan iPhone 12 Pro di platform penanda aras prestasi AnTuTu.

    Gambar markah di AnTuTu ini memperlihatkan kedua-dua peranti dijana A14 Bionic, tetapi iPhone 12 dengan RAM 4GB + storan 256GB dan iPhone 12 Pro dengan RAM 6GB + storan 256GB.

    Markah di bawah 600,000 tidak setanding peranti Android lain yang dijana cipset Snapdragon 865. Untuk pengetahuan anda, prestasi teratas peranti Android adalah pada markah sekitar 660,000 di AnTuTu.

    iPhone 12 mini, iPhone 12
    iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max

    Jika dibandingkan dengan markah iPhone 11 Pro Max yang lepas di AnTuTu; 536,883, siri iPhone 12 mempunyai naik taraf lebih kurang 5%-6%. Apa pun, prestasi sebenar adalah lebih berbanding pemaparan markah di platform penanda aras.

    Anda boleh membaca berita lepas mengenai spesifikasi dan harga siri iPhone 12 disini.

    Lihat juga iPhone 12 Pro dalam bentuk 3D disini!

    Apakah pendapat anda mengenai markah siri iPhone 12 di AnTuTu? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured