More

    iPhone 12 Pro Max dan iPhone 12 mini terbukti mempunyai struktur dan skrin yang kukuh

    Siri telefon pintar iPhone sering dikaitkan dengan peranti yang berkualiti tinggi daripada segi luaran dan perisian, dan iPhone 12 nampaknya meneruskan lagi reputasi tersebut. Terbaru, seorang YouTuber telah pun menguji ketahanan fizikal iPhone 12 mini dan iPhone 12 Pro Max dalam sebuah video dan kedua-dua telefon tersebut berjaya melepasi ujian tersebut dengan cemerlang.

    YouTuber bernama Jerry Rig Everything yang terkenal dengan video ‘pemusnahan’ telefon, telah menguji telefon tersebut dengan ujian yang agak mencabar, seperti menggores skrinnya dengan pengukur kekerasan Mohs, mencakar dengan pisau, memanaskan skrin telefon dengan pemetik api selama 50 saat serta membengkokkan telefon dengan tangannya sekuat mungkin.

    Kedua-dua telefon tersebut berjaya melepasi ujiannya dengan baik. Apple mengatakan mereka telah memperkenalkan bahan Ceramic Shield yang digunakan dalam semua skrin iPhone 12 yang menjanjikan ketahanan empat kali ganda lebih tinggi daripada iPhone 11.

    Kongsi pendapat anda tentang iPhone 12 di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured