More

    iPhone 13 mungkin ada Touch ID bawah skrin, tapi kabel dijual berasingan

    Bermula dengan pelancaran siri iPhone 12, Apple tidak lagi akan menyertakan palam pengecas bersama di dalam kotak iPhone. Tindakan ini disifatkan sebagai salah satu usaha ke arah lebih mesra alam. Apple kini dilapor sedang menjalankan soal selidik mengenai ciri keselamatan dan aksesori yang digunakan dalam kotak iPhone.

    Soal selidik ini menjurus kepada spekulasi bahawa Apple mungkin tidak akan menyertakan kabel bersama di dalam kotak. Pengguna ditanya mengenai item yang biasanya ada dalam kotak sebuah iPhone seperti kabel, alat SIM, dan pelekat Apple (mungkin juga Apple tidak ingin beri pelekat Apple lagi?). Spekulasi ini timbul kerana terdahulu, data sebeginilah yang membuatkan Apple tidak menyertakan EarPods dan pengecas bersama.

    Gambar dari 9To5Mac

    Walaupun jika tanpa kabel, iPhone seterusnya mungkin akan mengembalikan Touch ID. Sejujurnya, pasti ramai pengguna yang ingin menggunakan kembali alternatif ciri keselamatan selain daripada Face ID. Apple turut menjalankan soal selidik dengan beberapa soalan mengenai ciri keselamatan termasuklah jika pengguna lebih memilih Touch ID.

    Selari dengan kaji selidik ini, satu sumber yang lain telah mendedahkan paten skrin dari Apple. Apple mempatenkan skrin dengan teknologi Touch ID dan antena di bawah skrin. Paten ini sebenarnya boleh menjurus kepada takuk dan bezel yang lebih kecil (sudah ramai peminat menunggu untuk Apple mengecilkan takuknya). Paten ini dirujuk sebagai “Display Integratable Hybrid Transparent Antenna”.

    Apa pun, kesemua perkara ini masih lagi samar-samar. Namun, adakah anda akan bersetuju jika Apple mengembalikan Touch ID di bawah skrin dengan rekaan skrin bersama takuk lebih kecil, tetapi tiada kabel bersama dalam kotak? Kongsikan pandangan anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita lepas yang menarik mengenai Apple!

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured