More

    iPhone 15 dan iPhone 15 Plus mungkin tampilkan kamera belakang 48MP

    Model iPhone 15 dan iPhone 15 Plus akan dilancarkan seperti biasa pada sekitar suku ketiga tahun ini. Menurut penganalisi di firma pelaburan Haitong Internatinal Securities di Hong Kong, Jeff Pu mengatakan ia akan dilengkapi dengan lensa kamera belakang 48MP.

    Pu berkata lensa 48MP pada model ini akan menggunakan sensor tiga susun baharu yang boleh menangkap lebih banyak cahaya untuk kualiti imej yang lebih baik. Walau bagaimanapun, berdasarkan semakan rantaian bekalan baru-baru ini, Pu percaya sensor yang disusun berkemungkinan menghadapi masalah hasil yang boleh mengakibatkan kelewatan pengeluaran iPhone 15 dan iPhone 15 Plus. 

    Apple pertama kali memperkenalkan lensa kamera 48MP pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max tahun lepas. Lensa ini membolehkan pengguna merakam foto ProRAW 48MP yang mengekalkan butiran terperinci dalam fail dengan lebih fleksibiliti untuk penyuntingan.

    Pu juga melaporkan bahawa model iPhone 15 Pro tidak akan lagi menampilkan butang pepejal kerana “isu reka bentuk.” Dia masih mengharapkan model iPhone 15 Pro menampilkan bingkai titanium, cip A17 Bionic yang dinaik taraf, peningkatan RAM 8GB dan siri iPhone 15 akan mempunyai port USB-C.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber:  Macrumors

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured