More

    iPhone 16 mungkin hadir dengan Face ID bawah paparan pada 2024

    Tahun ini, kami menjangkakan model iPhone 14 Pro menampilkan potongan berbentuk pil dan bulat untuk komponen Face ID dan kamera swafoto. Namun begitu, dikhabarkan Face ID bawah paparan mungkin tidak akan tiba sehingga 2024. 

    Menurut penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo meramalkan (sama seperti Ross Young) bahawa kamera bawah paparan akan tiba pada iPhone 16 sekitar tahun 2024. Kuo menyatakan ia lebih kepada tujuan pemasaran dan bukanlah isu teknikal. 

    Apple mungkin akan mengekalkan reka bentuk berbentuk pil dan lubang tebuk (punch-hole) selama sekurang-kurangnya dua tahun sebelum beralih ke Face ID dalam paparan pada iPhone 16. Reka bentuk dwi-potongan ini dijangka hadir pada iPhone 14 Pro model manakala Ross Young pernah menyatakan bahawa semua model iPhone 15 akan menampilkan potongan berbentuk pil dan bulat. 

    Baru-baru ini, Ming-Chi Kuo mendakwa bahawa Apple sedang menguji peranti boleh lipat 9 inci yang mungkin dilancarkan pada 2025. Kuo menjangka iPhone 15 membawa sistem kamera bawah paparan, namun Apple mengambil masa untuk menyempurnakan teknologi tersebut sebelum dipasarkan. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured