More

    iPhone 16 Pro dan Pro Max mungkin tampilkan paparan 6.3 inci dan 6.9 inci

    Menurut penganalisis Apple, Ross Young, model iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max mungkin dilancarkan pada 2024 dengan menampilkan saiz paparan sekitar 6.3 inci dan 6.9 inci. 

    Young memaklumkan bahawa dia akan mendedahkan saiz sebenar kepada dua tempat perpuluhan semasa ucapannya pada persidangan Minggu Paparan di Los Angeles pada 23 Mei ini. Beliau juga tidak menyatakan paparan besar ini akan digunakan oleh iPhone 16 standard ataupun tidak.

    Jika dilihat balik, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max masing-masing dilengkapi dengan paparan 6.1 inci dan 6.7 inci. Berkemungkinan juga, siri iPhone 15 Pro akan mengekalkan ukuran yang sama pada tahun ini.

    Dengan paparan yang semakin besar pada telefon pintar terkini, kami tidak terkejut sekiranya ia membawa ukuran yang lebih besar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber:  Macrumors

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...