More

    iPhone 17 bakal jadi iPhone pertama dengan RAM 12GB

    Firma analisis pasaran, TrendForce, mendedahkan bahawa Apple bakal memperkenalkan peningkatan besar pada siri iPhone 17 dengan menawarkan RAM 12GB buat pertama kali dalam sejarah pengeluaran iPhone. Menurut laporan, tiga model baharu iaitu iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max akan hadir dengan RAM 12GB.

    Sementara itu, model asas iPhone 17 akan kekal dengan RAM LPDDR5X 8GB. Kesemua model siri iPhone 17 dijangka menampilkan paparan AMOLED fleksibel on-cell dengan kadar segar semula LTPO 120Hz selain dikuasakan cip A19 atau A19 Pro yang dibina berasaskan proses 3nm TSMC.

    Dengan kombinasi RAM yang lebih tinggi dan pemproses baharu, siri ini dijangka mampu mengendalikan aplikasi intensif serta tugasan kreatif seperti AI dengan lebih cekap. TrendForce turut menambah bahawa model iPhone 17 Air melambangkan langkah pertama Apple memasuki kategori andalan nipis dan ringan.

    Peningkatan RAM sehingga 12GB pada iPhone generasi baharu ini dilihat sebagai strategi Apple untuk bersaing rapat dengan pengeluar Android yang sejak sekian lama menawarkan kapasiti memori lebih tinggi pada peranti andalan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Trendforce

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured