More

    iPhone 17 Pro Max dijangka hadir dengan bateri 5,000mAh buat kali pertama oleh Apple

    Apple dilaporkan bakal memperkenalkan bateri terbesar pernah digunakan dalam mana-mana iPhone menerusi model akan datang, iPhone 17 Pro Max. Menurut khabar angin terkini dari China, peranti ini mungkin akhirnya menyertai kelab 5,000mAh yang merupakan satu pencapaian yang telah lama dikuasai pesaing Android.

    Dalam dunia Android, kapasiti 5,000mAh telah menjadi standard bagi telefon andalan sejak beberapa tahun lalu. Malah, beberapa pengeluar dari China kini telah melangkaui angka itu dengan penggunaan bateri berasaskan silikon-karbon (Si/C) yang menawarkan ketumpatan tenaga lebih tinggi. Sementara itu, jenama seperti Samsung dan Google masih mengekalkan kapasiti sekitar 5,000mAh bagi peranti utama mereka.

    Jika maklumat ini sahih, iPhone 17 Pro Max bakal mencatat sejarah sebagai iPhone pertama yang mencapai kapasiti bateri sebesar itu. Ini sejajar dengan trend peningkatan kecil dalam kapasiti bateri untuk setiap generasi Pro Max, kecuali iPhone 14 Pro Max yang pernah mencatatkan sedikit penurunan berbanding pendahulunya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured