More

    iPhone Fold dengan bateri terbesar dalam sejarah Apple mungkin dilancar tahun ini

    Apple dijangka melancarkan iPhone Fold lewat tahun ini menurut laporan dan khabar angin semasa. Peranti ini dikatakan menggunakan reka bentuk lipat yang berbeza berbanding telefon Android boleh lipat sedia ada.

    Berdasarkan laporan terbaharu dari China, iPhone Fold akan dilengkapi bateri berkapasiti 5,500mAh. Jika maklumat ini tepat, ia akan menjadi bateri terbesar pernah digunakan dalam telefon pintar Apple iaitu hampir 10% lebih besar berbanding bateri terbesar sebelum ini yang terdapat pada iPhone 17 Pro Max versi eSIM sahaja.

    Sebelum ini, laporan pada November menyatakan kapasiti bateri iPhone Fold berada dalam julat 5,400mAh hingga 5,800mAh dan angka 5,500mAh kini disebut secara lebih khusus. Untuk spesifikasi lain, iPhone Fold dijangka hadir dengan skrin dalaman bersaiz 7.8 inci, skrin luaran 5.5 inci, dua kamera belakang 48MP, dua kamera hadapan 18MP, cip A20 Pro serta RAM 12GB.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured