More

    iPhone generasi pertama dilelong pada harga ~RM280,7640

    iPhone cenderung untuk mengekalkan nilai yang lebih baik daripada kebanyakan jenama telefon lain. Baru-baru ini, Apple mencatat sejarah kerana sebuah iPhone 1 telah terjual dengan harga $63,356 (~RM280,765) dalam satu acara lelongan. Untuk pengetahuan, Apple iPhone generasi pertama telah dilancarkan pada 2007.

    Peranti yang dimaksudkan ialah iPhone Apple 8GB dan mempunyai harga rasmi $599 (~RM2,654) pada bulan Jun 2007. Lelongan berlangsung dari 2 Februari dengan bidaan permulaan $2,500 yang melepasi paras $60,000 pada hujung minggu lalu.

    Telefon itu juga mempunyai cerita yang menarik kerana pemiliknya Karen Green menerima telefon tersebut sebagai hadiah daripada rakan-rakannya lebih lima belas tahun lalu. Pemiliknya ialah pelanggan Verizon pada masa itu manakala telefon hanya boleh beroperasi menggunakan rangkaian AT&T.

    Karen tidak dapat menggunakannya dan telah menyimpan iPhone tersebut di dalam rak serta secara tidak langsung terlupa selama lebih sedekad. Telefon itu kemudiannya dinilai pada 2019 dengan anggaran $5,000 dan akhirnya dilelong awal bulan ini. Berdasarkan laporan, Karen Green akan menggunakan dana daripada lelongan untuk membuka usaha perniagaan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: LCG Auctions

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured