More

    iPhone ialah telefon pintar terlaris di dunia pada akhir tahun 2020, kalahkan Samsung

    Terkini, sebuah firma penyelidikan Gartner telah mengeluarkan laporan berkenaan prestasi jualan telefon pintar di seluruh dunia pada suku keempat tahun 2020 dan keseluruhan tahun 2020. Apple dilihat menerajui jualan telefon pintar terlaris di dunia pada suku keempat tahun 2020, disusuli dengan Samsung dan Xiaomi.

    Menurut laporan yang berfokuskan pada garis masa suku keempat tahun 2020, Apple kini telah mendahului Samsung sebagai jenama telefon pintar terlaris. Untuk pengetahuan anda, kali terakhir Apple mendominasi kedudukan teratas seperti ini adlaah pada suku keempat tahun 2016.

    Selepas Apple, Samsung dilihat memiliki pegangan pasaran sebanyak 16.2%, disusuli dengan Xiaomi 11.3% dan OPPO 8.9%. HUAWEI dlihat mempunyai prestasi menurun, namun tidak jauh beza dengan pegangan jumlah jualan OPPO.

    Untuk laporan secara keseluruhan tahun 2020 pula, Samsung masih lagi kekal berada di kedudukan teratas dengan pegangan pasaran sebanyak 18.8%. Namun, kedudukan kedua yang biasanya dimiliki oleh HUAWEI kini diterajui oleh Apple dengan pegangan pasaran sebanyak 14.8%.

    Apakah pendapat anda mengenai laporan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    SUmber: Gartner

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured