More

    iPhone lipat pertama Apple dijangka miliki bateri 5,500mAh dengan harga cecah ~RM9,900

    iPhone lipat yang telah lama dikhabarkan kini semakin hampir menjadi kenyataan dengan kebocoran maklumat terbaru menunjukkan ia mungkin memecah dua rekod penting dalam siri iPhone setakat ini. Menurut sumber, iPhone boleh lipat ini dikatakan akan hadir dengan kapasiti bateri terbesar dalam sejarah iPhone, sekitar 5,000 hingga 5,500mAh mengatasi bateri 4,685mAh pada iPhone 16 Pro Max.

    Namun, hayat bateri sebenar bergantung kepada keperluan tenaga dua skrin yang terdapat pada reka bentuk boleh lipat, yang dijangka bersaiz 7.74 inci apabila dibuka sepenuhnya. Selain peningkatan bateri, peranti ini juga dijangka menjadi iPhone paling mahal pernah dikeluarkan oleh Apple. Harga yang dibocorkan di China melebihi ¥15,000, yang bersamaan kira-kira RM9,900.

    Sebelum iPhone boleh lipat ini diperkenalkan, Apple dijangka melancarkan siri iPhone 17 terlebih dahulu, berkemungkinan pada bulan September mengikut jadual tahunan biasa mereka. Siri ini juga dijangka memperkenalkan model baharu, iPhone 17 Air yang akan menggantikan iPhone 16 Plus. Walaupun belum diumumkan secara rasmi, kebocoran ini mengisyaratkan bahawa Apple sedang bersedia untuk melangkah ke fasa baharu dalam evolusi telefon pintarnya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: wccftech

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured