More

    iPhone SE 4 generasi baharu lebih kecil dan ringan berbanding sebelum ini

    Apple telah menghentikan penjualan siri iPhone 14 dan iPhone SE di kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU) termasuk Austria, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol. Tindakan ini dibuat bagi mematuhi peraturan EU yang mewajibkan semua telefon pintar baharu dilengkapi dengan port USB-C yang berkuat kuasa sejak 28 Disember 2021.

    Walaupun iPhone 15 dan iPhone 16 menggunakan USB-C, model seperti iPhone 14, iPhone 14 Plus dan iPhone SE masih menggunakan port Lightning. EU mula merangka peraturan ini pada 2021 dan meluluskan undang-undang tersebut pada 4 Oktober 2022 dengan tujuan menyelaraskan piawaian pengecasan untuk mengurangkan sisa elektronik dan meningkatkan kemudahan pengguna.

    Apple sebelum ini menentang kuat cadangan tersebut dengan mendakwa ia boleh menghalang inovasi dan meningkatkan sisa elektronik. Namun, selepas undang-undang diluluskan, Apple kini dilaporkan sedang merancang pelancaran iPhone SE 4 untuk menggantikan siri iPhone 14 di pasaran EU.

    Model baharu iPhone SE 4 dikatakan akan menggunakan reka bentuk serupa dengan iPhone 14 tetapi dilengkapi dengan port USB-C. Ia juga dijangka hadir dengan cip pemprosesan A18, memori 8GB, sistem kamera tunggal dan sokongan Apple Pay. Pelancaran ini bertujuan memastikan Apple terus mematuhi peraturan EU sambil memenuhi permintaan pengguna.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ZOL

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured