More

    iPhone SE 4 mungkin dilancarkan seawal minggu hadapan

    Menurut laporan daripada Mark Gurman di Bloomberg, Apple dijangka memperkenalkan iPhone SE generasi seterusnya seawal minggu hadapan dengan pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada penghujung Februari.

    Berbeza dengan pelancaran model terdahulu, Apple tidak akan mengadakan acara khas untuk iPhone SE 4, sebaliknya akan mengumumkan peranti ini melalui siaran media. iPhone SE 4 dijangka menampilkan rekaan yang menyerupai iPhone 14. Ia menggantikan bezel tebal dan butang Home Touch ID yang terdapat pada model FE sebelum ini.

    Pelancaran iPhone SE 4 menandakan berakhirnya penggunaan Touch ID dalam barisan iPhone yang beralih kepada Face ID. Selain itu, Apple merancang untuk memperkenalkan modem cip tersuai buat kali pertama dalam iPhone SE 4.

    Walaupun cip modem ini masih belum setanding dengan cip Qualcomm, ia merupakan langkah pertama Apple untuk mengurangkan kebergantungan kepada Qualcomm. iPhone SE 4 akan menyokong teknologi Apple Intelligence dan dikuasakan oleh cip A18 yang sama seperti dalam iPhone 16.

    Ia juga akan hadir dengan RAM 8GB, port USB-C dan kamera belakang tunggal 48MP. Walaupun model iPhone SE semasa dijual pada harga RM2,199, Apple mungkin menaikkan harga bagi model baharu ini kerana kehadiran cip yang lebih pantas, Face ID dan peningkatan ciri lain.

    Namun, harga dijangka masih kekal murah berbanding model lain supaya dapat bersaing dengan peranti kelas pertengahan dari Samsung dan Google. Gurman turut mendedahkan bahawa Apple mungkin akan melancarkan iPhone SE 4 bersamaan dengan PowerBeats Pro 2 yang dijangka diumumkan seawal 11 Februari.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured