More

    iPhone SE Plus yang menyerupai rekaan iPhone XR akan dilancarkan seawal Mac 2021

    Terkini, ‘iPhone SE Plus’ dijangkakan bakal dilancarkan seawal bulan Mac 2021 dan selewat-lewatnya bulan April 2021. Jangkaan beberapa spesifikasinya turut didedahkan. Menurut kami, jangkaan spesifikasi adalah lebih baik berbanding tiada langsung jangkaan spesifikasi.

    iPhone SE Generasi Ke-3 atau nama jolokannya, iPhone SE Plus dijangkakan tampil dengan rekaan takuk yang lebih kecil. Jangkaan yang lebih mengejutkan adalah ia mungkin bakal hadir dengan skrin tanpa takuk! Jika iPhone SE tahun 2020 ini pelanduk dua serupa iPhone 8, bagaimana pula dengan iPhone SE Generasi Ke-3?

    Menurut sumber, reka bentuknya akan menyerupai iPhone XR atau iPhone 11. Antara spesifikasi lain adalah sensor Touch ID yang terletak di sisi peranti, paparan LCD 5.5″ atau 6.1″. Satu perkara yang anda perlu tahu, walaupun reka bentuknya lebih kurang sama dengan generasi iPhone sebelum ini, cipset yang baru boleh menambahkan prestasi peranti seiring dengan iPhone generasi terkini.

    Adakah anda berpuas hati dengan jangkaan dan khabar angin ini? Luahkan komen anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita jangkaan spesifikasi terkini iPhone.

    Sumber: Apple Hub

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...