More

    iPhone seterusnya mungkin akan dilengkapi paparan 120Hz & autofokus yang lebih pantas

    Menurut khabar baru daripada pembocor berita terkenal Max Weinbach, iPhone yang akan dilancarkan pada tahun ini bakal mempunyai pembaharuan yang penting, terutamanya pada model “Pro”. Varian yang terdiri daripada skrin 6.1 inci dan 6.7 inci akan dilengkapi kadar segar semula (refresh rate) 120Hz seperti yang terdapat pada Samsung Galaxy S20.

    Selain itu, telefon Apple baru juga mungkin akan mempunyai pembaharuan daripada segi fotografi. Penggambaran pada waktu malap akan mempunyai autofokus yang lebih pantas, penstabilan imej yang lebih baik dan Smart HDR yang mengurangkan noise dalam gambar malap. Kebolehan zum pula mungkin terdiri daripada zum telefoto 3x dan zum digital yang diperhalusi.

    Model asas mungkin hanya akan dilengkapi dua kamera di belakang dan tidak dilengkapi teknologi LiDAR (light detection and ranging) serta penggambaran telefoto. Selain kamera, Face ID mungkin akan berfungsi dalam sudut penglihatan yang lebih lebar manakala baterinya agak besar, dengan bateri 4,400mAh dalam varian 6.7 inci untuk mengendali 5G dan skrin 120Hz.

    Namun ini hanyalah khabar awal dan tidak semestinya melambangkan produk akhir. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan iPhone tahun ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5Mac

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured