More

    iPhone X dengan port pengecas USB-C dilelong secara dalam talian, bidaan semasa berjumlah RM416000!

    Terdapat ramai orang yang tidak menyukai port pengecas lightning yang Apple bawakan. Seorang pelajar daripada salah sebuah intitusi kejuruteraan luar negara iaitu Ken Pillonel menghabiskan masa berbulan-bulan bagi membuktikan bahawa anda boleh mengubah suai port USB-C ke dalam iPhone. Kini, dia memutuskan untuk menjual ciptaannya secara bida.

    Pillonel membuka lelongannya di eBay dengan meletakkan tajuk jualannya ‘iPhone X pertama di dunia yang diubah suai dengan penyambung USB Type-C’. Ketika artikel ini ditulis, bidaannya berjumlah USD 100100 (~RM416416). Jumlah itu pasti akan terus meningkat kerana bidaan tersebut berakhir pada 12 Oktober 2021.

    Jadi, bagaimana Pillonel boleh mencapai kejayaan dalam bidang kejuruteraannya? Terdapat video baharu tentang cara dia menukar port lightning kepada port USB-C. Ia adalah video yang sangat terperinci yang menerangkan proses idea dan langkah yang beliau buat untuk projek itu. Anda boleh lihat video beliau di bawah ini.

    Jika ia berjaya dilelong, Pillonel berpeluang menjana sedikit wang tunai daripada projeknya. Tetapi adakah port USB-C lebih baik daripada port lightning Apple? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan untuk membidanya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured