More

    iQOO 11 5G bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

    Selepas mengeluarkan poster rasmi dengan kerjasama BMW pada minggu lepas, iQOO seolah memberikan bayangan bahawa ia bakal membawakan sesuatu dalam pasaran Malaysia. Hari ini, iQOO secara rasminya telah mengesahkan khabar angin tersebut dengan sebuah kiriman poster di Facebook rasmi iQOO.

    Poster tersebut mendedahkan bahawa iQOO bakal melancarkan iQOO 11 5G di Malaysia namun tarikhnya masih dirahsiakan. Mungkin ia akan dilancarkan tidak lama lagi dan kami akan terus umumkan ketibaanya sejurus selepas iQOO mengeluarkan kenyataan rasmi.

    Untuk pengetahuan, iQOO 11 5G masih belum dilancarkan dalam mana-mana pasaran setakat ini. Kita boleh membuat kesimpulan awal bahawa Malaysia bakal menjadi negara terawal yang bakal menerimanya. Sumber sebelum ini mendedahkan bahawa iQOO 11 5G bakal dilengkapi Snapdragon 8 Gen 2 dan skrin dengan kadar segar semula skrin 144Hz.

    Selain itu, ia turut hadir dengan bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 120W. Adakah anda berminat dengan iQOO 11 5G yang bakal dilancarkan ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured