More

    iQOO 11 5G dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 2, skrin AMOLED 2K 144Hz, cas pantas 120W berharga RM3,499

    iQOO secara rasminya telah membawa iQOO 11 5G ke pasaran Malaysia. Peranti utama membawakan reka bentuk tiga jalur ikonik bersama pelbagai spesifikasi perkakasan berkuasa. Untuk pengetahuan, ia merupakan telefon Snapdragon 8 Gen 2 pertama di Malaysia.

    Peranti ini mempunyai skrin AMOLED Samsung E6 2K 6.78 inci beresolusi 1440 x 3200 piksel, kadar penyegaran 144Hz, 1 bilion warna dan sokongan HDR10+. Peranti ini dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0. Terdapat juga cip V2 baharu yang mengoptimumkan kadar bingkai tinggi dan meningkatkan prestasi gaming.

    Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W. Ia turut menggunakan sistem penyejukan cecair ruang wap. Tambahan, iQOO 11 mempunyai tiga kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada sensor utama Samsung GN5 50MP 1/1.57 inci, kamera potret 3x 13MP dan ultra lebar fokus tetap 8MP 16mm.

    Kameranya menyokong ciri kamera seperti 4K Super Night Video dan Zero-Shutter-Lag Motion Snapshot. Manakala bahagian hadapan pula menggunakan kamera swafoto 16MP. Ciri lain termasuk Extended RAM 3.0, Funtouch OS 13, dwi SIM, Bluetooth 5.3 dan banyak lagi.

    Spesifikasi iQOO 11 5G:

    • Skrin 2K AMOLED LTPO E6 3.0 6.78 inci, menyokong kadar penyegaran 144Hz
    • Cipset Snapdragon 8 Gen 2
    • RAM 16GB, storan dalaman 256GB
    • Tiga kamera belakang, lensa sudut ultra lebar 50MP + 8MP + kamera potret 13MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh sokong pengecasan pantas 120W
    • Beroperasi menggunakan Funtouch OS 13 berdasarkan Android 13
    • Harga: RM3,499

    iQOO 11 dijual pada harga RM3,499 dan hadir dengan varian RAM 16GB + 256GB. Menariknya, terdapat potongan harga RM200 antara 9 hingga 15 Disember 2022 di mana anda boleh membelinya pada harga RM3,299.

    Terdapat juga tawaran seperti pertukaran satu dengan satu untuk peranti yang rosak dalam tempoh enam bulan, kad VIP iQOO dan pembelian dalam pembelian bersama fon telinga iQOO Wireless Active pada harga RM99. Jika berminat, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada kedai rasmi iQOO di Shopee.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO 11 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured