More

    iQOO 11S dilancar: Skrin LTPO4 AMOLED 6.78″, pengecasan 200W dan kamera 50MP pada ~RM2,450

    iQOO 11S telah dilancarkan di China bersma satu lagi peranti iaitu iQOO TWS 1. Artikel ini akan lebih membincangkan spesifikasi yang ditawarkan oleh 11S yang membawa beberapa peningkatan berbanding iQOO 11 standard.

    11S menampilkan skrin LTPO4 AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 1,440 x 3,200 piksel dan kadar penyegaran semula 144Hz seperti pendahulunya. Peranti ini dilengkapi dengan cip paparan V2 vivo sambil menempatkan kamera hadapan 16MP pada potongan lubang tebuk di bahagian atas. Kamera utamanya turut dipertingkatkan kepada sensor IMX866 50MP dengan sokongan OIS (Penstabilan Imej Optik).

    Seterusnya, iQOO 11S menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2 seperti yang pernah dikhabarkan sebelum ini. Ia membawa kapasiti bateri 4,700mAh yang lebih kecil berbanding iQOO 11 tetapi dengan pengecasan pantas 200W. Ia menggunakan sistem operasi OriginOS 3 berdasarkan Android 13.

    iQOO 11S hadir dalam warna biru, hitam dan BMW Motorsport putih. Varian RAM 12GB dan storan 256GB berharga CNY 3,799 (~RM2,450) manakala varian RAM 16GB dan storan 1TB berharga CNY 4,799 (~RM3,094).

    Kehadirannya ke pasaran Malaysia masih tidak diketahui. Sekiranya ia tiba, berkemungkinan harganya mungkin bermula ~RM2,500. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured